Tips penjagaan fabrik satin

TIPS
PENJAGAAN
FABRIK
SATIN

Tambahan Tips & Pendapat

  1. Jangan basuh kain atau baju satin anda menggunakan air panas. Basuhan menggunakan air panas boleh menyebabkan kain/baju mengecut sebanyak 10% – 20%.
  2. Fabrik satin yang sangat lembut seharusnya dicuci-kering untuk mengelakkan dari rosak.

Credit : https://www.howtocleanstuff.net/how-to-clean-satin/

  1. Fabrik Satin adalah kain yang agak tebal dan berkilat.Juga terdapat dalam jenis yang tidak terlalu berkilat atau lebih tepat lagi nampak kusam iaitu Dull Satin.
  2. Ia boleh diperbuat daripada Sutera (silk) atau lain-lain jenis gentian (fiber). Satin adalah salah satu fabric yang nampak mahal dan cantik serta boleh digayakan di pelbagai jenis majlis.
  3. Cucian tangan adalah amat digalakkan untuk memastikan tahap kualiti material satin itu bertahan lama. Namun, jika anda mahu menggunakan mesin basuh, pilihlah delicate cycle dan tidak perlu mengunakan pengering.
  4. Memadai jika menyidai fabrik satin di dalam rumah dengan udara yang kering dan tidak perlu menjemur dibawah pancaran cahaya matahari.
  5. Kotoran pada fabrik satin perlu dibersihkan serta-merta supaya tidak menjadi kekal dengan cara membasuh dengan sabun lembut pada bahagian yang terkena kekotoran. Jika ia adalah kesan darah, rendam pakaian di dalam air sejuk sebelum anda menggunakan sabun pencuci. Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi peluntur.
  6. Proses ‘ironing’ pakaian satin adalah sangat mudah dan cepat, sudah memadai dengan menggunakan suhu yang rendah
  7. Simpan pakaian anda di tempat yang sejuk, jauh dari sumber haba dan cahaya matahari kerana pendedahan pada cahaya matahari secara terus boleh merosakkan rupa dan akan mengurangkan kualiti pakaian satin tu sendiri.

Β  Β  Β Credit : Fabric Mist By Lyns (facebook)

Similar Posts

Leave a Reply